Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia
mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan
badan dan minda mereka. Mereka juga dapat menikmati keindahan alam
semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan
aktiviti menyelam. Kerajaan
sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan
aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus
terpelihara dan seterusnya dapat menarik pelancong untuk terus
mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.
Rakyat
yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis
makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang
ke Malaysia. Pelancong
dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat
majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk
mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan
hotel. Kelazatan makanan
tempatan seperti sate dan sebagainya menyebabkan pelancong begitu
tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan membantu
industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.
Kebudayaan
pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan pelancong.
Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang
unik. Di samping
keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan
yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong
datang ke Malaysia. Tarian
tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para
pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil
bahagian dalam persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.
Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara kita.
1. Ayat berwarna MERAH dikenali sebagai AYAT TOPIK.
2. Ayat berwarna COKLAT dikenali sebagai AYAT HURAIAN.
3. Ayat berwarna BIRU dikenali sebagai AYAT CONTOH
4. Ayat berwarna HIJAU dikenali sebagai AYAT PENEGAS.
Credit : Cemerlang Bahasa Malaysia UPSR
Salam.Adib ucap tahniah pada mak kerana dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya. Adib suka bahagian ini kerana memberi contoh bagaimana menghasilkan karangan yang cemerlang. Boleh juga Adib refer bila nak membina karangan nanti.
ReplyDeleteSalam.Adib ucap tahniah pada mak kerana dapat menyiapkan blog ini dengan jayanya. Adib suka bahagian ini kerana memberi contoh bagaimana menghasilkan karangan yang cemerlang. Boleh juga Adib refer bila nak membina karangan nanti.
ReplyDeleteTAHNIAH KERANA BERJAYA MEMBINA BLOG YANG MENARIK. JARANG GURU MELAYU ALAF KINI BOLEH BUAT MACAM. GOOD JOB.
ReplyDeletesalam,....hebatlah, blog ini boleh menjadi wadah kepada bahan-bahan pengajaran bahasa melayu. tahniah
ReplyDeleteTAHNIAH....BLOG YANG LENGKAP, CANTIK DAN MENARIK. ADE BAKAT MENJADI BLOGGER MASA DEPAN
ReplyDelete