Wednesday, April 25, 2012


NILAM

Hosted by . .
Pengertian Konsep :
  Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
  Merupakan    penggabungan    atau adunan   kesemua   aktiviti   galakan membaca   yang dijalankan  di  sekolah  dengan  memberi pengiktirafan yang sesuai.
Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan) 
Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah. (aktiviti)
Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun. (penilaian)

  Program ini telah mula dilaksanakan dengan  Tahun  Satu  di   Sekolah Rendah,   Tingkatan   Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah   pada 1999. 
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998
Matlamat
 Satu  strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di   kalangan   rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Objektif
Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan  berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan   yang berorientasikan peperiksaan sahaja). Menggalakkan  sekolah  terus menjana  idea  kreatif  dan  inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
Ciri Ciri Perlaksanaan 
Rekod Bacaan (buku rekod murid)
Borang Rekod  (penilaian guru)
Pengiktirafan   (ganjaran ikut tahap)
  (cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)
 
 

ARTIKEL NILAM

Esei: Langkah Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat…?

Pendahuluan:
  • Isu perpaduan sering diperkatakan.
  • Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara lain.
  • Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Isi Esei: (Langkah-langkah)
  • Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat.
  • Pemimpin politik  yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular.
  • Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana.
  • Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia.
  • Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya.
  • Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.
  • Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat.
  • Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.
Penutup:
  • Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai.
  • Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.

Metafora / hiperbola…?

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan.
Mengikut istilah sastera pula, metafora merupakan gaya bahasa perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna sebenar kata atau frasa tersebut. Gaya bahasa perbandingan lain adalah seperti hiperbola.
Kebiasaannya metafora terdiri daripada 2 patah kata seperti:-
  • lembah duka
  • lautan api
  • kota kesengsaraan
  • cahaya kepintaran
  • tunas harapan
  • padang hidup
  • madu susah
  • cuka kesangsian
  • piala remajamu
Manakala hiperbola pula merupakan gaya bahasa perbandingan yang membuat perbandingan yang melampau atau berlebih-lebihan bagi menggambarkan sesuatu keadaan, contohnya:-
  • tajam pisau membelah bulan
  • semut menari bergoncang bumi
  • sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj
  • dia tidak pernah menghampakan harapan orang
  • sawah habis kering
  • terlalu elok parasnya gilang-gemilang cahayanya kilau-kilauan
  • tubuhku tercalar duri pidana


Penulisan : Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya  lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak  menghiraukan papan tanda  had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak  dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme juga boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik
Remaja ialah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah anggota masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar  sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan  kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan  memberikan perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya  beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa
Selain berfungsi  sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang  terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan  dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

Tuesday, April 17, 2012

Tempat Pelancongan Di Malaysia





TEMPAT MENARIK DI KEDAH

Dataran Helang, Pulau Langkawi

Balai Besar yang dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Nobat pula dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong. Galeri Seni Lukis pula menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik.

Muzium Diraja Kedah pula merupakan Bangunan yang diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini.

Bagi yang beragama Islam, anda boleh melawati dan bersolat di Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Menara Alor Star salah satu tempat yang juga menjadi tarikan pelancong. Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi.

Setelah penat berjalan, anda boleh pergi ke Pekan Rabu untuk menjamu selera dan membeli pelbagai cenderahati untuk di bawa pulang. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang terletak di negeri Kedah ini. Antara yang boleh saya sebutkan ialah seperti; Terusan Wan Mat Saman yang menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Banyak sejarahnya disebalik terusan ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di Air Panas Ulu Legong ,Baling; Lata Bukit Hijau, Lata Bayu, Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim , Kulim, Air Terjun Perangin di Sik, Air Terjun Junjung, Kulim; Lata Mengkuang, Sik; Air Terjun Lembah Bujang, Merbok; Rekreasi Tupah, Merbok dan tidak ketinggalan juga menikmati keindahan alam semulajadi di Gunung jerai.

Gunung Jerai menjanjikan lokasi percutian menarik dengan keindahan bunga, deruan air terjun dan persekitaran nyaman. Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan serta menghirup udara segar, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gunung Jerai, destinasi peranginan terkenal di Kedah.




TEMPAT MENARIK DI SARAWAK

Tebingan Sungai, Kuching

Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.

Taman Negara Bako
Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai ‘Orang Belanda’ merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesis tanaman bunga, termasuk 49 spesis orkid serta spesis haiwan dan spesis burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.

Kampung Budaya Sarawak
Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.





TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

 Masjid Terapung

Pulau Redang menyediakan paling banyak kemudahan percutian dan penginapan, termasuk dua pusat peranginan besar dan beberapa chalet lebih kecil yang terletak di tepi pantai. Pulau Redang terkenal kerana keindahan pantainya dan tempat-tempat menyelam yang menarik. Pelawat boleh menerokai 31 tapak menyelam, menyertai sukan pantai, berpesta dan menari sepanjang malam di Pasir Panjang, mendapatkan rawatan spa dan menikmati barbeku makanan laut yang segar. Anda boleh menaiki bot atau pesawat untuk ke pulau ini.

Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan tempat-tempat menyelam yang menakjubkan di celah-celah batu besar yang memagari teluknya. Air laut yang jernih, dengan daya penglihatan yang jelas dan terumbu karang yang indah, menjadikan Pulau Perhentian pilihan ramai penyelam veteran. Pengalaman menyelam sambil berenang bersama pari, yu karang dan barakuda pasti menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Berhampiran pantai. anda boleh memerhati penyu bertelur di teluk, memberi makan ikan atau duduk bersantai di bawah matahari sambil menghirup udara laut yang segar.

Jika anda mencari destinasi percutian yang lebih terpencil, Pulau Lang Tengah mungkin menepati kehendak anda. Airnya yang hijau muda sangat jernih dan ikan-ikan berenang hingga hampir ke pantai, tanpa menghiraukan kehadiran manusia.

Pulau Bidong terletak dalam perairan yang tenang, dengan beberapa tempat terpencil untuk berenang, bersiar-siar dengan bot dan menyelam snorkel. Sebuah tugu dibina di sini untuk memperingati pelarian Vietnam yang mendapatkan perlindungan sementara di pulau ini.

Di sebelah Pulau Kapas, terletak Pulau Gemia atau Gem yang menawarkan sebuah lagi tempat percutian pantai yang indah dengan kawasan pedalaman yang berbukit-bukau yang tidak disentuh dan dibiarkan berhutan untuk memelihara hidupan liar.

Pantai Batu Buruk di bandar Kuala Terengganu pula  dilengkapi taman permainan, bangku dan gazebo, menjadikannya sebagai tempat pertemuan dan menjamu selera yang terkenal di kalangan penduduk tempatan. Terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan minuman yang pelbagai rasa.

bersambung.... 

[kredit: Tempat2 Menarik Di M'sia]

PELANCONGAN DI MALAYSIA

Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara. Hari ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.
          Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka.  Mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti menyelam. Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan seterusnya dapat menarik pelancong untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.
         Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.  Pelancong dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan hotel. Kelazatan makanan tempatan seperti sate dan sebagainya menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.
         Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan pelancong.  Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik. Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia. Tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.
Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara kita.

1. Ayat berwarna MERAH dikenali sebagai AYAT TOPIK.
2. Ayat berwarna COKLAT dikenali sebagai AYAT HURAIAN.
3. Ayat berwarna BIRU dikenali sebagai AYAT CONTOH
4. Ayat berwarna HIJAU dikenali sebagai AYAT PENEGAS.