Esei: Langkah Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Masyarakat…?
Pendahuluan:
- Isu perpaduan sering diperkatakan.
- Banyak pihak akur bahawa perpaduan kaum di negara kita lebih baik berbanding dengan negara lain.
- Perpaduan merupakan elemen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Isi Esei: (Langkah-langkah)
- Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat.
- Pemimpin politik yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular.
- Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana.
- Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia.
- Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya.
- Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.
- Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat.
- Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.
Penutup:
- Bersatu teguh, bercerai roboh.
- Semua pihak mesti berganding bahu dalam usaha meningkatkan dan mengekalkan semangat perpaduan kaum di negra kita agar kita dapat hidup dalam suasana aman dan damai.
- Kerjasama ini bagai aur dengan tebing.
Metafora / hiperbola…?
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, metafora
bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud
yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang
berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan.
Mengikut istilah sastera pula, metafora merupakan gaya bahasa perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna sebenar kata atau frasa tersebut. Gaya bahasa perbandingan lain adalah seperti hiperbola.
Kebiasaannya metafora terdiri daripada 2 patah kata seperti:-
- lembah duka
- lautan api
- kota kesengsaraan
- cahaya kepintaran
- tunas harapan
- padang hidup
- madu susah
- cuka kesangsian
- piala remajamu
Manakala hiperbola pula
merupakan gaya bahasa perbandingan yang membuat perbandingan yang
melampau atau berlebih-lebihan bagi menggambarkan sesuatu keadaan,
contohnya:-
- tajam pisau membelah bulan
- semut menari bergoncang bumi
- sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj
- dia tidak pernah menghampakan harapan orang
- sawah habis kering
- terlalu elok parasnya gilang-gemilang cahayanya kilau-kilauan
- tubuhku tercalar duri pidana
Penulisan : Vandalisme dalam Kalangan Remaja
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh
rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja
biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh
rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja,
lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja
dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan
merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu
bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja.
Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit
buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan
papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala
vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan
vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan
keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan
yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong
remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa
Media
massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem
atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah
vandalisme juga boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan
remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk
ajar yang sewajarnya.
iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik
Remaja
ialah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang
akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah anggota
masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli
terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.
Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan
remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak
terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa
yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan
diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan
rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan
dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991),
sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga
akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini
dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas
perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu
bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan
kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain
sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak
seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak
mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja.
Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan
fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.
Setiap
anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian
kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan
masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan
penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak
sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai
kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam
tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada
pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng
atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu
akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan
tanggungjawab.
iv. Peranan Media Massa
Selain
berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media
massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam
kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme
dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam
media massa.
Media
massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan
kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik
Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa
maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.
No comments:
Post a Comment