Pengertian Mengulangkaji
Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baharu.
Bagaimana
Proses Mengulangkaji
1. Membaca
dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran sambil melengkapkan
yang kurang.
2. Membaca buku teks.
Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip , isu dan
fakta yang dimuatkan.
3. Menjawab soalan-soalan
latihan dan kerja rumah yang guru berikan. Ini kan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab
jawapan yang sama dalam peperiksaan.
4. Mengkaji
contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima
jawapan. Ini akan membolehkan anda
membiasakan diri menjawab soalan- soalan peperiksaan dengan lebih yakin
dan pantas.
5. Menjawab soalan-soalan
yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan mengetahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya
dan soalan- soalan yang mengelirukan agar
semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab
dengan yakin.
6. Bersoal jawab
bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama
ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan , pada
masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian
yang anda kurang faham dari anda yang mungkin sudah menguasai bahan
pelajaran itu.
LANGKAH MENGULANGKAJI ( PECUTAN AKHIR )
Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal dalam peperiksaan.
Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka akan keluar.
Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan
Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
Jangan sekali-kali ponteng ketika hampir peperiksaan . Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru
PEMBAHAGIAN MATA PELAJARAN DALAM MENGULANGKAJI
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran itu. Jangan berputus asa.
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.
Menilai Keupayaan Anda
Anda harus menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan . Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
1. Penilaian Dari Ujian Dan Latihan
Ujian/Peperiksaan yang dijalankan di dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap kefahaman dan keupayaan anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang sebenar. Berdasarkan keputusan ujian/peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan
Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelamahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.
3. Penilaian Secara Lisan
Contohnya seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu lagi berpuas hati.
MENCARI SEBAB ( POST-MORTEM )
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan ‘post-mortem’ (suatu proses yang mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
Sebab-Sebab Kesalahan Berlaku:
Anda Tidak Tahu – Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
Anda Tidak Faham – Anda baca tetapi tidak faham.
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang ingin anda pelajari atau fahami.
Penyelesaian : Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Anda Lupa – Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulankaji apa yang telah anda pelajari.
Penyelesaian : Kerapkan ulangkaji.
Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian : Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebe;um menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:
· Segera/Selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
· Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jaapan yang salah.
· Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
Sekian, semoga para pelajar sekalian beroleh kejayaan dengan mempraktikkan tip-tip yang diberikan di atas.
JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP,
DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA,
PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA,
DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI KEJAYAAN
No comments:
Post a Comment