1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan
Kalau
selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu
dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan
warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan
aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan
warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari
dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam,
tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan
mulut jika orang meminta pendapat.
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.
Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.
4. Berfikiran positif
Berfikiran
positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus
kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan
perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang,
masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas.
Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan.
Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan
yang amat besar terhadap ALLAH.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Rungsing
dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat
rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus
theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang
Anda
memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini,
bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.
7. Curahkan di atas kertas
Curahkan
semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan
segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan
ke sungai. Terasa lega.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan
teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa
anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH
yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah
daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga
begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah
kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk
melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.
10. Bertegaslah
Bertegaslah
dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan
anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh
kepercayaan bahawa anda akan berjaya.
No comments:
Post a Comment